Wednesday, December 31, 2008

happy new year 2009

HAPPY NEW YEAR 2009,
happy new year 2009 HAPPY NEW YEAR 2009
HAPPY NEW YEAR 2009 happy NEW year 2009
SEMOGA ALLAH MERAHMATI SETIAP YANG KITA LAKUKAN
SEMOGA APA YANG DIIMPI
DI TAHUN 2009 NANTI
AKAN TERCAPAI!!!!

Tuesday, December 30, 2008

[polling!!!]

Keputusan polling!!!

Norman Hakim telah di poll dalam blog ini sebanyak 11 undian dalam membuat kesilapan dalam hubungan antaranya dengan Abby Abadi manakala Abby menerima 1 undian sahaja. dimanakah kesilapan Norman dan apakah pula kesilapan Abby yang sedikit itu?

Aku yang juga tercalon dalam polling telah menerima 3 undian manakala Dia telah dipoll juga dalam kiraan yang sama. Adakah aku dan dia sama sama bersalah dalam hubungan Abby dan Norman ini ataupun Aku dan Dia bersalah dalam hubungan antara mereka. Mari kita fikir-fikirkan.

Walaupun terpisah, semoga Norman dan Abby Abadi menemui jalan terbaik dalam hubungan antara mereka memandangkan anak-anak masih menjadi hubungan kekeluargaan antara Norman dan Abby sekeluarga.

Peminat peminat anda sentiasa menyokong dan mendoakan yang terbaik untuk anda sekeluarga.

Insyaallah!!! daaa polling ditutup.....

Sunday, December 21, 2008

nak beli dah ni... tolonggg




akhirnya aku pilih untuk beli HTC TOUCH HD. Ok tak? tolong bagi komen kepada sesiapa yang pernah memilikinya sebelum aku terbeli....




Friday, December 12, 2008

[10 cerita] DI HARI RAYA

askum...
entry kali ni macam tak berapa bersemangat sangat nak tulih...tapi tulih jugaklar...
aku tak tau nak tulih aper tapi sepanjang aku tak tulih ni aku ada balik rayer sebenornyer. macam mcam yg berlaku time ari raya... sedih ada... suker ade... gelak ada.. kecewa ada... sumer bercampur baur, sempat ku coretkan seperti di bawah...
1. Takziah untuk keluarga kakak ipar aku atas pemergian abah tersayang pada 7 Dec 2008 iaitu sehari sebelum Hari Raya Aidil Adha...sedeh siut kehilangan org tersayang di hari yang bahagia... ibuku bercerita yang betapa sayu majlis pengkebumiannya bila pemergiannya kerahmatullah diiringi dengan takbir yang sedang bergema. Semoga roh allahyarham di tempatkan di kalangan umat-umatnya NYA yang beriman. Al-Fatihah.
2. Kenduri korban kat umah kakak aku buat kali keduanya aku jadi tukang basuh pinggan paling berwibawa dan berpotensi untuk di ambil bekerja di hotel hotel mewah. manakan tidak tugasku bermula jam 5.00 pm sampai 10.00 malam... sakit pinggang di buatnya siut... pertama kali aku basuh pinggan di majlis kenduri adalah pada majlis kawin sepupu aku yang dah beranak dua skrg ni pada tahun 2004... lenguh badan 2 ari... adeh.
3. Kali ini aku balik kampung tanpa menaiki Kereta Persona 1.6 ku itu sebaliknya menaiki flight yg di pandu oleh Kapten Zarul dan pembantu Kapten Omar dan anak-anak kapalnya telah melayan karenah aku. Flight yang aku naiki tidaklah sepopular MAS, bukanlar sehebat promotion FIREFLY dan bukan juga mahu terbang kepantai dengan BERJAYA AIR sebaliknya ngn AIR ASIA sahaja. okay wat... flight jugaklar kan... tapi org yang amik aku time balik aritu gi tunggu aku kat KLIA, katanyer... ntahlar apa yang dimamaikannya... wallah hualam.. hanya Dia yang tahu.
4. Komedi di hari raya apabila kakak aku yang baru dapat tukaq sekolah itu mendapat sekolah yang namaya agak pelik iaitu...jeng jeng jeng... Sekolah Bukit Pak Kiau yang terletak di Pokok Sena dalam daerah Kota Setar. Pada malam raya pertama itu jugaklar aku dipaksa taip surat rayuan tukar ke sekolah yang namanya lebih POPULAR dari itu... AHAKS...
5. Pada hari last nak balik sempat Aku membebel bersunsur nasihat kat abang aku bermula jam 1.56 am hingga 4.00 am.. dah last-last word dah kata nasihat aku untuk dia tetiba aku tgk dia dah nyenyak dah. aku agak sejam yg lalu lg dia dah tido... hampeh btol $^*&^(*&(!!!
6. dah 5 hari balik kampung rasa jugak Rindu kat Mak, rindu kat Ayah, rindu kat semua...tapi dalam hati aku, aku rindu jugak kat dier :(
7. Aku mendapat tawaran untuk mendesain pakaian di Butik Uluwatu yang terletak di the curve mutiara damansara. 'Betapa gembiranya hati tidak terkata' apabila mendapat tawaran yg sebegitu buat kali pertama. dapat jugak menampung hidup aku yang dah nak dekat PPRT dah ni. semoga koleksi ku mendapat tempat dimata Bos Uluwatu yang dateline submitnya sebelum 22 December 2008. OHHHH YEAHHH... happy di sini happy disana happy disinun...
8. Sungguh tak kuduga bila balik jer kampung aku dengar anak anak sedara aku yang kebanyakkan nya wanita berusia 12 tahun kebawah itu ngomong ngomong bahasa Indonesia... roper2nyer cuti sekolah tahun ni sumer demam citer indon kat TB... adeh sekali lagik..
9. Aku dikenen kenenkan... ahaks tak nak citer lebehlar... malular...
10. Masa duk kat umah akak aku kat jitra tu aku terdengar lagu ni kat radio.. cam sedap plak jadi sekarang aku duk nyanyi kat opis.. untuk yang membaca mari kita nyanyiramai ramai.. sore kita sumer sedap sebenarnya, kalu nak tau trylar...sedap tau LAGU ni...
Kerana kau ku masih di sini Kerana kau ku bisa menangis Dan kerana kau yang menghancurkan Ku tiada berteman Terkenang wajah mu aku pilu Selangkah ku tersebut nama mu Tak terasa jiwa ku dipalu Oleh rindu dan dendam pada mu Dan ketika ini dan di saat ini Dimanakah dikau Kau puja bulan yang mengambang Kau pinta bunga yang di taman larangan Kau sendakan ku punya perasaan Dan kau menyatakan bahawa cinta ini Hanyalah permainan Mengapakah tak kau rasa Bukan paras rupa yang sangat ku pinta Ohh... ohh Tapi hati yang dapat merasa Yang kesedihan ini tak lain Hanyalah kerana mu Mengapakah ku diluka Mengapakah harus ku tanggung semua ini Tidakkah kau merasakan Kesedihan ini tak lain hanyalah kerana mu
"semoga semua insan yang bercinta bahagia hendaknya kerana cinta itu sememangnya bahagia..."

Monday, December 1, 2008

angan2 [2k9]

aku mesti dapat [D] 2K9
cita cita nak dapat kan semua ni,
mungkin hanya angan-angan tapi memang aku akan usaha nak jugak semua ni...
akan ada lagi tapi tunggu di entry akan datang. tak sempat survey lagi
and nak pk apa yang aku nak lagi.


handphone @ pda



HTC MAX 4G
rm 3,200 (hopeless)
HTC TOUCH DIAMOND
rm 2,600 (bleh dapat murah lagi ni)


jam


PHILIP S+ARCK WATCHES
EDISI DIGI CRYSTAL (kalau tak silap)
merah atau putih atau hijau macam kat atas
rm 548
ring

CALVIN KLEIN RING
rm 250
~~~~~~~~~~(to be continued)~~~~~~~~

Tuesday, November 25, 2008

aku udah dcni

Aku udah dcni. Aku Bekerja, aku menimba, aku blajar, aku mauk berdikari dan aku cuma sendiri. Katanya bandar ini bagus banget deh tp pada aku kayaknya biasa2 aja. Hanya teman berkata... Tak lama aku dcni..bentar aja.. Tp aku yakin ada yg br akan muncul dlm hidup aku. Mungkin cahaya, mungkin samarnya aja, mungkin trangggg banget pantulnya ingga kabur mata...tp yg dulu kubarukan, bkn kutukar, bkn ku cari deh...kerna hanya itu yg aku ada..hanya itu...kayaknya seprti aku menagihkan? tp bkn, pd aku...aku hanya memberi dan berharap ia menerima, bkn dgn paksa tp ikhlas dr atinya...aku serah aja padanya dan menanti keterbukaannya..harapan ia juga ada yg br utkku... Dr hati Hanif jakarta indonesia.

Thursday, November 20, 2008

aku akan [TERBANG] jauh

UNTUK
yang tersayang
kawan kawan
kenalan
rakan
teman
aku akan terbang jauh
berehat seketika di negara orang
namun masa yang ada
akan aku ruangnya untuk berfikir
tentang masa depan aku
tentang kehidupan aku
tentang pemikiran aku
tentang diri aku
tentang nasib aku
tentang aku

akan aku fikirkan semuanya
tapi yang pasti
aku akan fikirkan tentangnya setiap masa
sentiasa
untuk semua
maafkan
segala beban yang aku bagi
maafkan
segala kecelaruan yang aku dah buat selama ni
maafkan aku
nantikan aku pulang
mungkin pulang dengan semangat yang baru
mungkin juga seperti sediakala
akanku bahagiakan semua
untuk aku, dia dan kamu

Wednesday, November 19, 2008

aku akan berundur...

hmmmm....aku rasa satu hari aku akan berundur dari blog ni tak lama lagi.... bila masanya tiba blog ini akan hilang dari pandangan semua.

terima kasih pada yang melawat... blog ni pada aku banyak mengundang perasaan dalam diri aku yang tak aku ingini.... tetapi perasaan gembira bila ada yang menegurku disini juga banyak kurasai.. terima kasih....

bila aku dah takde disini nanti...hmmmmmm.....

terima kasih yang melawat.

Sunday, November 9, 2008

WAYANG KITA: [sudah ka belum ka]

[Wayang Kita] minggu ini memaparkan 5 buah filem yang pastinya menambat hati semua insan dan makhluk di dunia ni untuk menonton ataupun tidak mahu menonton... ulasan dibawah menerangkan segalanya tentang filem2 ini dan mengorek segala isi hatiku...

Kita mulakan carta Wayang Kita di tempat pertama [1] dengan filem Madagascar Escape 2 Africa yang menjadi filem kontroversi bulan Oktober 2008 dalam sejarah hidup aku untuk kali yang kedua selepas filem Eagle Eye di hari raya. Filem yang aku tak ingin tau langsung kisahnya dan tak nak tengok langsung ini telah sangat menyakitkan hati aku. Selamat menonton untuk yang berminat dengan filem yang hanya hiburan semata-mata ini... aku takkan gelak langsung kalau di bawa menonton filem ini... hanya binatang dan haiwan semata mata yang berlakon, kesian... maaf untuk yg berminat menonton filem ini atau yang telah menonton... terutamanya penonton di GSC Kinta City, Ipoh. Sian kat korang...
Di tangga yang kedua [2] minggu ini, James Bond Quantum of Solace 007: sebuah filem aksi yang penuh bertenaga dari mula sehingga ke minit yang terakhir... kalu tak silap aku untuk babak 1 sahaja produksi ini telah menghabiskan sebanyak 15-20 bijik kereta mewah untuk babak kejar mengejar tembak menembak tunggang langgang terbalik kot sumer ada tapi yang penting heronya Daniel Craig hanya berdarah di hidung sahaja...tu pun setitik sahaja mungkin hahaha... sgt percaya... korang wajip lar tengok citer ni sebab memang mencabar minda hinga ketitisan yang terakhir... ahaks.. tapi aku bagi 7 bintang dari 10 bintang yang bergemerlapan sebab walaupun heronya nampak tua sket tapi tetap macho sampai abes cerita... adus... bergelora.....

Di tangga yang ketiga [3] sebuah filem arahan Wan Azli, lulusan Ijazah Seni Persembahan Seni Layar UITM ini bertajuk Budak Kelantan... aku sangat teringin tengok citer ni taktau kenapa maybe sebab filem ini dikhabarkan sepenuhnya menggunakan bahasa Kelantan/ dialek kelantan dan orang kelantan. Org Kelantan pun ok wat? ape salahnyer... hahaha... filem ini dikhabarkan juga oleh ramy wartawan bahawa sebuah filem yang mempunyai isi cerita yang menarik, kelantan dan sangat perlu ditonton... bila aku nak tengok ni yer.. insyallah.. tahniah sekali lagi untuk sumer Budak Kelantan coz ada 1 filem yang bertajuk korang? bila nak wat filem Budak Kedah ni... huhuhu...

Di tangga yang keempat [4] aku baru dapat surve internet tadi dan dapat mengetahui yang filem SAW5 dah kuar panggung (takder sape cakap pun kat aku) sedihlar... nak tengok. Sebuah filem yang aku sendiri kategorikan sebagai genre kejam atau genre tersangat kejam (pandai jer wat genre sendiri) ini maybe banyak kena potong oleh lembaga pemotongan filem hehe...suke ati jer bagi nama... FINAS lar tu u ollsss... banyak adegan potong kepala, potong anu, potong tangan, potong jari, cucuk cucuk, tikam tikam, bakar bakar, tanam tanam, korek korek dan lain lain lagi. Untuk mereka yang kejam dan suka menyakitkan hati orang aku suggest untuk korg tengok cite ni supaya dapat belajar dari kesilapan lalu. Aku pun nak tengok jugak, cari DVD lar.....kahkahkah... tapi tak bermakna aku suka sakitkan ati org... tak pandylar bab2 tu sumer.

Filem terakhir [5] bertajuk Aegan sebuah filem Tamil, tak tau nak ulas ape and rasa cam taknak ulas jer coz takkan tengok sebab tak paham bahasa tamil... hehehe... sorry ekkk. tengoklar kalu korg minat yang gelap gelap...ok wat.. erkk
Kepada peminat peminat filem tanahair, saksikan filem filem di atas, terpulang kepada anda untuk memilih 'tepuk dada tanyerler selera teman anda dulu', tak tanyer maknanyer korang pergi sgsorg lah atau pergi dgn kawan baik anda yang lain ... tapi kalau nak tengok Madagascar tu pklar 2,3,4,5 kali sebab filem tu memang akan menyakitkan hati korang. hahaha.. yg dah tengok tu minta maplar yer... korg mesti paham kenapa? [tanda tanyer]

Sunday, November 2, 2008

WayangKITA - HSM[3] senior year

Nilar type of genre yang aku suke... yang macam ni , macam Mama Mia... hanya yang macam ni jer yang buat aku tersenyum sampai abes...

Sabtu lepas dapat aku nonton movie High School Musical 3: Senior Year dengan kawan aku yang namanyer anne and rakannyer Ida, walaupun citer ni hampir sama jer dengan HSM 1 dan HSM 2 tapi oklah lagu lagu dia sumer best... biarlar org nak kata aku ni tak macho ker apa ker sebab tengok citer ni yang penting aku puas... sebab bangun jer aku dah nyanyi, mandi nyanyi, duk update blog nyanyi, baru nak makan aku nyanyi... walaupu... suara tak shedap... hehehe..

Best Siuuut... yang kecewa macam aku, aku galakkan pergi supaya dapat ktorg menghappykan suasana idup korg tu...

[PS] untuk Nana, ajak Arif gi tengok citer ni k baru cun... baru senyum sket...

pelakon-pelakonnyer adalah......


Nilar hero and Heroin citer ni... taraaaaaaaaaa!!!
Troy Bolton = ZAC EFRON

Gabriella = Vanessa Hudgens

tengok ramy2 ngn kwn kwn lagik best... tapi pilihlar kwn yang camner k... kalu kwn tu asik nguap jer tgk musical ni ketuk jer kepala dorg tu...bagi sedar dan hargai filem yang dia bayar tu....hahaha....

Monday, October 13, 2008

korg buang tabiat ker?

Mereke ni buang tabiat ker.... atau adakah mereka sedang membuat persediaan.. tapi untuk aper ekk... esok jerlah aku citer nak balik kerja dah? tak larat nak taip dah... ngantuk and bosan sgt arini coz takder kerja nak buat....sesapa yang banyak kerja tolonglah bagi kerja kat aku..... aaaarrrggghhh aaarrrgghhh
hari ini dalam sejarah apabila afiq yang 1st time in her life cuci tingkap umah... her?
interior designer popular sorang ni, Ben dah jadi penggubah bunga plak... kuang kuang kuang... apa salahnyer sekali sekala....kan jenet kan? kan? kan?

meriah memasak akak sorang ni...oopsss abg wan kita sorang ni... masak ker?

SIAN COZ AKU JER YANG TAK WAT PAPE....




Friday, October 10, 2008

AYAT AYAT CINTA di tv3




One of the most favourite movie yang aku suka di abad ini...
penuh dengan suka duka sedih dan tawa sebagai
pelajar, perantau, suami, isteri dalam dalam kehidupan untuk
memenuhi tanggungjawab dan hubungan cinta, rakan, keluarga, agama
demi masa depan...saksikan..
"AYAT AYAT cinta..."
tayangannya malam ini 10 oCT 2008 DI tv3
tangkap nangis punyer...
3 kali nonton tiga kali aku nangis....
tak sanggup tengok fahri tu dalam kebuntuan dan kesusahan...
syian dier..

Thursday, October 9, 2008

Rumah yang ku[RINDU] episod 2

















Seminggu balik raya memang rasa tak cukup...
kalau bleh nak jer balik sebulan dua bulan tiga bulan...
tapi kalau balik lama lama takder plak kang...
kena buang kerja kat sini...
ingat maestro ni bapak aku yang punya...
kalu bapak aku yang punya kan best...
boleh datang dan pergi bila bila masa...
tapi sekarang pun datang bila bila masa...
dan pergi jugak bila bila masa...
tapi semua lepas waktu kerja...
tak pernah aku pergi sebelum waktu kerja...
alhamdulilah..

Seminggu balik raya memang rasa tak cukup...
nak jer bawak mak aku datang sini
bawa ayah aku menjengah rumah aku kat sini
mak aku nak jer tapi ayah aku taknak
dia nak duduk kat kampung tu jer...
kampung ker umah aku.... umah aku tamanlar...
aku mana ada kampung..
tapi kampung ker taman ker sama jer...
kalau perantau macam aku balik mestilar rasa macam balik kampung...
tapi kami happy dok kat ctu...
Alhamdulilah..

Seminggu balik raya memang rasa tak cukup
kalau aritu aku balik lama lama
yang kat sini tu camner plak ekk...
dia rindu tak kat aku
ke aku rindu kat dia
ke dia rindu aku
yang penting aku memang rindu dia...
dah dapat jumper dah...
rumahku yang dah seminggu aku tak jumper...
akhirnya aku jumper jugak rumah itu...
paling best pakej ngn orang dalam umah sekali
Alhamdulilah...

Seminggu balik raya memang rasa tak cukup...
orang kat umah sini macam macam dah.....

bersambung lagik sepanjang Shawal...

Tuesday, October 7, 2008

Hari RAYA yang akan ku[RINDU]




Sayu hati ini makin sayu..
rindu terkenangkan desa permai...
wajah ayah bonda bermain di mata...
mengajak ku pulang kedesa di pagi yang mulia hari raya...



Mak dan Ayah bergambar bersama cucu-cucu yang juga anak-anak saudaraku...

Sumernyer pandai pose sendiri, bagi kamera jer terus bergerak...pandai plak tu... aduss...

Gambar atas: Hadi Hidayat yang suka sangat amek gambar...
Gambar bawah: Yang oren tu Adham Wajdi cakap banyak tau kalu nak tau...pening..

Ku ingin berulang manisnya bersama di pagi hari bahgia
jarak memisahkan rindu pertemuan bilakah hasrat jadi nyata...
duhai ayah bonda ampunkan anakanda tak dapat beraya bersama...
jauh dari mata dekat dalam jiwa teguh kasihku tidak berubah...

Ayah:

Ahmad bin Buman yang akan sentiasa menyokong aku walaupun hanya lebih suka berdiam diri dan menyimpan perasaan, tapi aku tau di lubuik hatinya pelbagai rasa yang mahu diluahkan... ayay terima kasih...


Mak:

Khalijah bt Ahmad yang sentiasa ceria, comel dan sporting.. sentiasa memahami kehendak dan perasaan anak bongsunya yang sangat sensitif dengan keadaan sekeliling... mak rindu....

rumah yang ku[RINDU]




Ruang makan sahaja untuk tatapan rakan rakan...
bilik2 takyahlar nak expose kat sumer org btul tak?
Rindunyer kat umah ni... rindu sangat kat umah ni. Setelah seminggu rumah ni dan budak budaknyer... aku tinggalkan akhirnya tanggal 5 Oktober aku menjejakkan kaki aku lebih kurang jam 8pm... rasa sangat sedeh sebab sesampainyer aku kerumah sorang pun takder... Penatnyer tak terhingga, perjalanan mengambil masa 9 jam untuk sampai dari Kedah ke kota metropolitan Kuala Lumpur yang penuh dangan cabaran ni. Walopun sebenarnyer bleh 4 jam jer sampy...
[Adusss].. tension tidak terkata, makanan dalam kereta habis kutelan... beratku pada hari itu mungkin mencecah tambahan 3 kilo lagik.... jalan tersangatlah sesak, nafasku jua tersangkut sangkut ibarat keretaku yang asyik brek setiap 2 minit berjalan...[ahhh...] banyaknya kereta hingga melambatkan keadaan pulangku ke kota...tidak bersabar bertemu dengannya...
Alhamdulillah aku selamat sampai dan akhirnya dapat juga berjumpa dengan rumahku...

Wednesday, September 24, 2008

SelamatHARIraya

[AssalaMUALAIKUM!!]
sebelum terlambat aku nak buat ucapan kepada semua yang mengenali diri aku terutamanya kepada kawan2, kenalan yang kenal atau tak kenal yang kadang kadang melawat ke blog ni; [wan, ben, nana, kak shana, nadzree, pojee, abg manzzz dan yang lain jugak...]sorrylar kalu tak sebut
nak wish selamat hari raya dan maafkan kesilapan aku dari segala hujung tak kira rambut ker dari hujung mana ker aku minta maaf. Dalam hati ni agak sedeh nak balik kampung selama 10 hari sebab nak tinggalkan kawan2 skool , budak2 umah and member2 opis.
aku akan rindukan sumer org.

ada rezeki kalau nanti aku buat open house ke, open ape2 ke jemput2 datang umah yer... tarikhnyer nnt aku inform kemudian k.

SELAMAT HARI RAYA

Tuesday, September 16, 2008

[JADUAL] buka puasaku!!!

ALHAMDULILAH rezki datang mencurah curah, dapat jugak aku jimat bagetku minggu ini.

Event bukak puasa bertubi tubi menjelma dalam hidup kitorang kat MAESTRO ni... [UNTUK TATAPAN] sesapa yang singgah kat blog ni, niler jadual bukak PUASA aku minggu ini; nnt aku komen yang mana sedap mekk...kekeke

ISNIN [ASTRO buka PUASA] KL CONVENTION centre :)
SELASA [maestro BUKA puasa] IZZI restaurant BUKIT BINTANG :(
RABU [cuti] buka puasa rumah sahaje kot :(
KHAMIS [ASTRO SCREENING raya buka puasa] MANDARAIN ORIental :)
JUMAAT [RIM buka puasa] PUTRA world TRade centre :)
SABTU [REUNION UITM] INTEKMA Resort :(
AHAD [cuti] PERGI SHOPINGLAH... :)

Selamat berbuka!!!

{kepada nana tu bertambah tambahlah lg berat kita kan, sue rais pun sama gak}

Tuesday, September 9, 2008

SAHURKU masih sama!!!


Alhamdulillah harini dah hari ke 11 dah kita berpuasa... dah 11 hari berpuasa ni, aku nak citer kat u allz sumer time buka posa and sahur kat umah aku tu...

Sepanjang 11 hari ni time bukak posa memang meriah kat umah bujang 4 org kat mutiara damansara tu... kalu nak susun makanan and minuman satu persatu, aku rasa barisannya dari MUTIARA DAMANSARA dah sampy kat TUGU NEGARA dah kot... pelbagai jenis dari kuih hingga ke lauk pauk ... pelbagai rasa dari yang masam manis pahit sumer ada ... pelbagai warna kalu korang tengok minuman kitorang...pendek kata makanan tu semua dari pelbagai peringkat dari darat, laut dan udaralah lauk pauk and kuih muih tu...alhamdulillah... erkkkk...

Dah 11 ari puasa, SAHURKU MASIH SAMA walaupun ada lauk pauk lain kami tetap memilih Ayamas Drummet atau Ayamas Fried chicken tak kira perisa curry crunchy ker, pedas bersalutlar dan macam macam lagi produk ayam dari ayamas....Terima Kasih Ayamas...!!! uwekkk...!!! nak kuar balik ayam aku... uwekk.. muaklar asik makan benda yang sama jer... nak wat camner dah yang tu jer pilihan yang ada.. aku terima jer...

UWEKKKKK...!!! (gambar di atas mewakili ayam ayam yang aku makan masa sahur)

Monday, September 8, 2008

Storyboard di Bulan Ramadhan - Rezekiku.

Rezeki di bulan Ramadhan;

Berkat bulan Ramadhan yang mulia ni ttiba jer di hari Jumaat penghulu segala hari aku mendapat panggilan telefon nak bagi extra job... walaupun taklar banyak sangat harganya macam org len dapat tapi... bulan Ramadhan Al-Mubarak yang suci murni ni kita kenalar bersyukur dengan rezeki yang datang.

Extra job tu memerlukan kreativiti, pemikiran mendalam dan segala ilmu fantasi yang aku ada namun dah lama aku tinggalkan semasa di Fakulti Seni Persembahan di UiTM dulu. "UITM usaha takwa muliaaaaa......" tetiba ada background music dalam otak ni... maybe rindu kat UiTM... naper ekk?? heheh adalar tu...

Oklar, berbalik kepada extra Job tadik, job tu under Kementerian Kesihatan. Aku dikehendaki buat STORYBOARD untuk Kempen "Tiada Aedes, Tiada Denggi".. disebabkan dah lama tak buat kerje ni hampir setahun.. namun aku telah berjaya menghasilkan 14 frame stroryboard sebagaimana yang dikehendaki dgn kreativiti dan penuh kesabaran...konsep and jalan cerita semua dah tertulis cuma aku kena berfantasi untuk tetapkan setiap Shot. (gigil jugak nak start drawing tu...sebabnyer dah lama tak melukis). Seperti kebiasaannya aku charge agak mahal sebelum ini per frame. Tetapi disebabkan kementerian ni merayu tepaksa diskaun 20 percent... bengang betul. Namun mak aku pernah berpesan "Sabar itu separuh daripada iman" jadi aku bersabar jerlah...(kepada yang taktau storyboard tu aper katbawah ada aku bagi contoh storyboard untuk korang fahami apa yang aku buat, yang aku punyer tak sempat scanlar u allzz... )

Alhamdulilah, setakat hari ni aku dah buat banyak jugak storyboard untuk kempan-kempen kerajaan antaranya Kem Pendidikan, Syabas and video korporat untuk company profile.
Alhamdulilah jugak, untuk kerja aku kali ni aku dah submit pun storyboard tu and dah approve. Cuma tunggu payment jer... once dah dapat aku citer k.. manalah tau bleh belanja gak kengkawan... ekeke.






Friday, August 29, 2008

POsa datang Lagik!!

Kepada setan setan yang berkeliaran hanya satu hari jer lagik korang nak hasut anak anak adam... dan aku rasa malam Merdeka sebelum Ramadhan bermula mesti Setan meriah berpesta, pergilah korang selama sebulan Ramadhan dan kalu boleh janganlah datang lagik kedunia mengganggu menusia.......Pergilah...
Sebelum terlambat dan sebelum Ramadhan bermula dan
andai juga ini adalah Ramadhan yang terakhir untuk aku, aku nak ucapkan
Selamat Berpuasa
kepada semua kengkawan aku yang selalu bersama ngn aku ataupun dari jauh tapi masih ingat kat aku..
SELAMAT BERPUASA 1429H

Wednesday, August 27, 2008

goallllll!!! PP


GOAAALLLLLLLLLLLLLL!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
At last dia berjaya menakluki Permatang Pauh!!!
Walaupun taknak bersumpah dengan sebab tersendiri beliau tetap dapat kemenangan...
Tahniah.... Goalllllllllll sekali lagi!!! yihaaa!!!
(lagu kat bawah sebelah kiri tu ditujukan khas untuk warga PP...)

Monday, August 25, 2008

XTVT 25...

Sepertimana orang lain rasa-rasanya aku lah org yang menantikan sangat nombor 25 atau tanggal 25 setiap bulan dan aku rasa memang ramai orang tunggu-tunggu sangat nombor ni...pada yang bergumbira di nombor selepas 25 ni sian kat korang... korang nak tau sebab aper.. hari gajiler...

Pada nombor ni seperti biasa XTVT aku adalah menyertai roadtour bersama budak budak umah aku... selalunya dengan sorg budak ni jer yang namanyer afiq... Roadtour ni selalunye kami akan buat pada waktu malam.. korang jgn pk bkn-bkn plak k... eeeiii takut tau..

Berbekalkan kad ATM bank masing masing, sebuah kereta samada keta aku atau keta afiq serta tenaga dan kekuatan mental dan fizikal kami akan singgah dari bank ke bank untuk membuat bayaran apa yang patut.. bayaran keta, umah, bil tpon, card dan sebagainya. Aku sgt2 percaya ini bukan shj XTVT aku tapi korang pun sama jugek.. korang tak sedar ker...? xperlah untuk menyertai XTVT ini bersama kami taip YES dan hantar ke 32999, korang pasti gumbira berXTVT bersama kami...hehehe....huhuhu...sob sob..

Thursday, August 14, 2008

balik kampung..yihaaa..sobsob

Peta negeri Kedah Darul Aman (mcm kelas sejarah plak)
kalu korang tengok peta kat atas ni umah aku kat Daerah Kota Setar yang berwarna oren dalam peta tu.
peta umah tak sempatlar pulak nak prepare...
Aku ni asal kampung jer...
aku takkan lupa yang aku ni dari kampung jadi kena pandai jaga diri supaya ingat asal usul aku...


Yeye... esok aku balik kampung...aku ni anak mak sket..
tak sabarnya kalu bleh nak balik malam ni jugak... rindu kat semua org kampung...
balik kampung kali ni special sket coz ada kenuri arwah a.k.a kenuri sambut puasa..
pada yang kebetulan ada kat kedah tu datanglar kenuri tu ari ahad ni malam..
aku cuti lama jugak selasa masuk balik opis.
Doakan aku selamat sampai and selamat balik ekkk...(driving penatnyer mau 4 jam ni... adusss..)
aku akan rindukan kawan-kawan kat kolumpo ni, budak budak opis yang sentiasa ceria, sapa yang selalu masuk blog ni...and sumer. (macam nakgi amerika plak)
last but not least KAK NITA SAYANG SEMUA....hehehehe

hepinyer.. pojek aku da abes..

Inilah kerja and projek yang aku handle minggu ni, penat pun tak abes lagik tau. Tajuknyer AF6 Workshop.. lebih kurang macam kursus for them to enter the industrylar...buat kat celebrity fitness one utama. Ramai panel yang datang ada lebeh dari 10 orang. bolehlar... penat tapi hepi jugaklar sebab takder masalah yang berlaku...gambar gambar kat bawah ni exklusif untuk korang tau.. jgn sapa berani amik dari blog ni... nnt aku kena marah...kekeke. Pada yang tak suka af terserah.. ni kerja aku and aku hepi dangan apa yang aku buat...
dari kiri; riz, alif, nubhan, naim, toi, ika, stacy, yana, nadia, saida, mamarina
Briefing dari Farah; wakil dari Palace of Golden Horses

Forum dari 6 panel; shazwan, alam, shaharudin utusan, fida samat nst, ning baizura, amin hussein, freddie fernandez

Semoga kerja dan projek seterusnya berjalan lancar...aku takder mood minggu ni...sorry...

satu pesanan; kepada sesapa yang tak suka dengan blog n cerita aku, takyah bukak k. aku pun tak mengharap sangat.... bukak mana2 blog yang korang suka jer... aku tak kesah pun...aku buat untuk aku simpan pengalaman hari hari aku kat dunia ni and untuk tatapan yang nak baca shj..yang taknak baca takyah tengok k.