Friday, August 29, 2008

POsa datang Lagik!!

Kepada setan setan yang berkeliaran hanya satu hari jer lagik korang nak hasut anak anak adam... dan aku rasa malam Merdeka sebelum Ramadhan bermula mesti Setan meriah berpesta, pergilah korang selama sebulan Ramadhan dan kalu boleh janganlah datang lagik kedunia mengganggu menusia.......Pergilah...
Sebelum terlambat dan sebelum Ramadhan bermula dan
andai juga ini adalah Ramadhan yang terakhir untuk aku, aku nak ucapkan
Selamat Berpuasa
kepada semua kengkawan aku yang selalu bersama ngn aku ataupun dari jauh tapi masih ingat kat aku..
SELAMAT BERPUASA 1429H

Wednesday, August 27, 2008

goallllll!!! PP


GOAAALLLLLLLLLLLLLL!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
At last dia berjaya menakluki Permatang Pauh!!!
Walaupun taknak bersumpah dengan sebab tersendiri beliau tetap dapat kemenangan...
Tahniah.... Goalllllllllll sekali lagi!!! yihaaa!!!
(lagu kat bawah sebelah kiri tu ditujukan khas untuk warga PP...)

Monday, August 25, 2008

XTVT 25...

Sepertimana orang lain rasa-rasanya aku lah org yang menantikan sangat nombor 25 atau tanggal 25 setiap bulan dan aku rasa memang ramai orang tunggu-tunggu sangat nombor ni...pada yang bergumbira di nombor selepas 25 ni sian kat korang... korang nak tau sebab aper.. hari gajiler...

Pada nombor ni seperti biasa XTVT aku adalah menyertai roadtour bersama budak budak umah aku... selalunya dengan sorg budak ni jer yang namanyer afiq... Roadtour ni selalunye kami akan buat pada waktu malam.. korang jgn pk bkn-bkn plak k... eeeiii takut tau..

Berbekalkan kad ATM bank masing masing, sebuah kereta samada keta aku atau keta afiq serta tenaga dan kekuatan mental dan fizikal kami akan singgah dari bank ke bank untuk membuat bayaran apa yang patut.. bayaran keta, umah, bil tpon, card dan sebagainya. Aku sgt2 percaya ini bukan shj XTVT aku tapi korang pun sama jugek.. korang tak sedar ker...? xperlah untuk menyertai XTVT ini bersama kami taip YES dan hantar ke 32999, korang pasti gumbira berXTVT bersama kami...hehehe....huhuhu...sob sob..

Thursday, August 14, 2008

balik kampung..yihaaa..sobsob

Peta negeri Kedah Darul Aman (mcm kelas sejarah plak)
kalu korang tengok peta kat atas ni umah aku kat Daerah Kota Setar yang berwarna oren dalam peta tu.
peta umah tak sempatlar pulak nak prepare...
Aku ni asal kampung jer...
aku takkan lupa yang aku ni dari kampung jadi kena pandai jaga diri supaya ingat asal usul aku...


Yeye... esok aku balik kampung...aku ni anak mak sket..
tak sabarnya kalu bleh nak balik malam ni jugak... rindu kat semua org kampung...
balik kampung kali ni special sket coz ada kenuri arwah a.k.a kenuri sambut puasa..
pada yang kebetulan ada kat kedah tu datanglar kenuri tu ari ahad ni malam..
aku cuti lama jugak selasa masuk balik opis.
Doakan aku selamat sampai and selamat balik ekkk...(driving penatnyer mau 4 jam ni... adusss..)
aku akan rindukan kawan-kawan kat kolumpo ni, budak budak opis yang sentiasa ceria, sapa yang selalu masuk blog ni...and sumer. (macam nakgi amerika plak)
last but not least KAK NITA SAYANG SEMUA....hehehehe

hepinyer.. pojek aku da abes..

Inilah kerja and projek yang aku handle minggu ni, penat pun tak abes lagik tau. Tajuknyer AF6 Workshop.. lebih kurang macam kursus for them to enter the industrylar...buat kat celebrity fitness one utama. Ramai panel yang datang ada lebeh dari 10 orang. bolehlar... penat tapi hepi jugaklar sebab takder masalah yang berlaku...gambar gambar kat bawah ni exklusif untuk korang tau.. jgn sapa berani amik dari blog ni... nnt aku kena marah...kekeke. Pada yang tak suka af terserah.. ni kerja aku and aku hepi dangan apa yang aku buat...
dari kiri; riz, alif, nubhan, naim, toi, ika, stacy, yana, nadia, saida, mamarina
Briefing dari Farah; wakil dari Palace of Golden Horses

Forum dari 6 panel; shazwan, alam, shaharudin utusan, fida samat nst, ning baizura, amin hussein, freddie fernandez

Semoga kerja dan projek seterusnya berjalan lancar...aku takder mood minggu ni...sorry...

satu pesanan; kepada sesapa yang tak suka dengan blog n cerita aku, takyah bukak k. aku pun tak mengharap sangat.... bukak mana2 blog yang korang suka jer... aku tak kesah pun...aku buat untuk aku simpan pengalaman hari hari aku kat dunia ni and untuk tatapan yang nak baca shj..yang taknak baca takyah tengok k.

Monday, August 11, 2008

August bulan Sukan...ayuh!!!

Bulan ini bulan sukan tau... Olympic Beijing 2008! cutekan maskot olympic ni..

Aku pun turut sama sama bersungguh-sungguh jugak untuk mengeluarkan peluhku yang hampir berjumlah 5 kilo kalau timbang kati... katanyer

Aku dengan penuh bersemangat dan bertekad pergi celebrity fitness yang dah 2 tahun menyumbangkan free membershipnya untuk aku... dah 3 minggu tak pergi tau.. rugi jer tapi minggu lepaskan aku tak berapa sihat.
Korang sume doakan agar cita cita aku tercapai ekk... paham paham jerlah cita cita apa ekk kekeke.
Demi negara yang tercinta jomlah kita bersukan bersama sama... aku rasa kalu aku pergi olympic tahun ni boleh dapat gold medal kot dengan semangat yang ada ni...hahaha.
boleh dapat
RM 1,000,000
(nak buat apa ekk kalu aku menang gold medal and dapat sejuta pemberian bapa dafi kat athlete yang menang gold medal tu. aku ingat nak beli umah, melancong and buka restoran bagi mak aku berniaga... ok tak?)
Jom bersukan! wah...!

Thursday, August 7, 2008

peliknyer zirafah...

Korang rasa apa yang Zirafah 2 ekor ni buat...?
peliklar kedudukan dorang NI...
ish...ish...ish...tak pahamlar...tolonglar jawab..

Tuesday, August 5, 2008

First movie in Aug....


First Movie in August yang aku dah tengok adalah The Mummy: Tomb of the Dragon Emperor. Nak kata tak minat filem tapi aku beljar dalam bidang filem tapi filem ni mula mula wat aku ngantuk jer and time tu plak mood cam tekder sagat...jadi minat untuk menonton bertambah kurang dari biasa.

Btw kalau tengok dari kualiti and effect memang best giler. 4 bintang untuk filem ni.


malam tu aku nonton mid Nite dengan kawan kawan uitm; ada anim, sheema, ayu, anne serta wan and ben wakil budak umah... kekeke...

kerja...kerja...kerja...




Bulan 8 sememangnya bulan yang busy untuk my company. tambah lagi aku plak demam and flu yang tak berkesudahan dah 2 minggu...adusss...

BTW, Aku baru jer setel and organize profil shoot untuk budak budak TOP 5 AF6. Sakan jugaklar budak2 ni posing dari 8 pagi sampai 9 malam. and penat jugaklar cari sponsor untuk lengkapkan profile shoot dorang bagi cantik. antara sponsor-sponsor yang baik hati tu antaranya Palace of golden Horses, Levis, Bon Zainal, Erwan Rosli, Karl Ng, Fid Studio, Maybelline, Amir Luqman, Butik PU3 and Banyak lagi. Kira berjayalar jugak profile shoot AF6 tahun ni... chayuk chayuk... macam-macam karenah nak melayan budak budak kecik ni...hmmm nnt aku selit gambar the making k... hehe

The coming event yang ill incharge is workshop for AF6, event ni lebih kurang macam briefing for AF6 to entertainment industry lar. Sekarang ni tengah cari sponsor jugaklar untuk jayakan event ni, lebih kurang gitular...

oklah u allz, aku nak balik kerja before semua boss kuar dari meeting. kalu dorang dah kuar ada jer benda aku kena buat.. kekeke

Monday, August 4, 2008

flight aku wathal kat sabah...


2 minggu yang busy.
last week aku pergi sabah for 7k Sunset Charity Run Sutra Harbour kat sana, stay kat Sutra Harbour. Aku bawa Ebi, Noni and tetiba jer kat sana ada jugak Felix perform at the same event. oklar tu ada gak gang... Sabah punyer crowd memang gila punya... ramai gila and sporting sangat..wa cayalah...gitu. aku plak yang letih... berlari sana dan sini katanya...

Nak jadi cerita on the way balik Flight yang aku nek tu aircond wat hal plak jadi terpaksa landing dekat Labuan for half an hour untuk direpair... gelabah jugak bila flight bergoyang sakan dalam 10 minit kat atas angkasaraya tu.. nasib baik and bersyukur aku masih idup and masih lagi tak fobia untuk nek flight.. kekeke...