Wednesday, September 24, 2008

SelamatHARIraya

[AssalaMUALAIKUM!!]
sebelum terlambat aku nak buat ucapan kepada semua yang mengenali diri aku terutamanya kepada kawan2, kenalan yang kenal atau tak kenal yang kadang kadang melawat ke blog ni; [wan, ben, nana, kak shana, nadzree, pojee, abg manzzz dan yang lain jugak...]sorrylar kalu tak sebut
nak wish selamat hari raya dan maafkan kesilapan aku dari segala hujung tak kira rambut ker dari hujung mana ker aku minta maaf. Dalam hati ni agak sedeh nak balik kampung selama 10 hari sebab nak tinggalkan kawan2 skool , budak2 umah and member2 opis.
aku akan rindukan sumer org.

ada rezeki kalau nanti aku buat open house ke, open ape2 ke jemput2 datang umah yer... tarikhnyer nnt aku inform kemudian k.

SELAMAT HARI RAYA

Tuesday, September 16, 2008

[JADUAL] buka puasaku!!!

ALHAMDULILAH rezki datang mencurah curah, dapat jugak aku jimat bagetku minggu ini.

Event bukak puasa bertubi tubi menjelma dalam hidup kitorang kat MAESTRO ni... [UNTUK TATAPAN] sesapa yang singgah kat blog ni, niler jadual bukak PUASA aku minggu ini; nnt aku komen yang mana sedap mekk...kekeke

ISNIN [ASTRO buka PUASA] KL CONVENTION centre :)
SELASA [maestro BUKA puasa] IZZI restaurant BUKIT BINTANG :(
RABU [cuti] buka puasa rumah sahaje kot :(
KHAMIS [ASTRO SCREENING raya buka puasa] MANDARAIN ORIental :)
JUMAAT [RIM buka puasa] PUTRA world TRade centre :)
SABTU [REUNION UITM] INTEKMA Resort :(
AHAD [cuti] PERGI SHOPINGLAH... :)

Selamat berbuka!!!

{kepada nana tu bertambah tambahlah lg berat kita kan, sue rais pun sama gak}

Tuesday, September 9, 2008

SAHURKU masih sama!!!


Alhamdulillah harini dah hari ke 11 dah kita berpuasa... dah 11 hari berpuasa ni, aku nak citer kat u allz sumer time buka posa and sahur kat umah aku tu...

Sepanjang 11 hari ni time bukak posa memang meriah kat umah bujang 4 org kat mutiara damansara tu... kalu nak susun makanan and minuman satu persatu, aku rasa barisannya dari MUTIARA DAMANSARA dah sampy kat TUGU NEGARA dah kot... pelbagai jenis dari kuih hingga ke lauk pauk ... pelbagai rasa dari yang masam manis pahit sumer ada ... pelbagai warna kalu korang tengok minuman kitorang...pendek kata makanan tu semua dari pelbagai peringkat dari darat, laut dan udaralah lauk pauk and kuih muih tu...alhamdulillah... erkkkk...

Dah 11 ari puasa, SAHURKU MASIH SAMA walaupun ada lauk pauk lain kami tetap memilih Ayamas Drummet atau Ayamas Fried chicken tak kira perisa curry crunchy ker, pedas bersalutlar dan macam macam lagi produk ayam dari ayamas....Terima Kasih Ayamas...!!! uwekkk...!!! nak kuar balik ayam aku... uwekk.. muaklar asik makan benda yang sama jer... nak wat camner dah yang tu jer pilihan yang ada.. aku terima jer...

UWEKKKKK...!!! (gambar di atas mewakili ayam ayam yang aku makan masa sahur)

Monday, September 8, 2008

Storyboard di Bulan Ramadhan - Rezekiku.

Rezeki di bulan Ramadhan;

Berkat bulan Ramadhan yang mulia ni ttiba jer di hari Jumaat penghulu segala hari aku mendapat panggilan telefon nak bagi extra job... walaupun taklar banyak sangat harganya macam org len dapat tapi... bulan Ramadhan Al-Mubarak yang suci murni ni kita kenalar bersyukur dengan rezeki yang datang.

Extra job tu memerlukan kreativiti, pemikiran mendalam dan segala ilmu fantasi yang aku ada namun dah lama aku tinggalkan semasa di Fakulti Seni Persembahan di UiTM dulu. "UITM usaha takwa muliaaaaa......" tetiba ada background music dalam otak ni... maybe rindu kat UiTM... naper ekk?? heheh adalar tu...

Oklar, berbalik kepada extra Job tadik, job tu under Kementerian Kesihatan. Aku dikehendaki buat STORYBOARD untuk Kempen "Tiada Aedes, Tiada Denggi".. disebabkan dah lama tak buat kerje ni hampir setahun.. namun aku telah berjaya menghasilkan 14 frame stroryboard sebagaimana yang dikehendaki dgn kreativiti dan penuh kesabaran...konsep and jalan cerita semua dah tertulis cuma aku kena berfantasi untuk tetapkan setiap Shot. (gigil jugak nak start drawing tu...sebabnyer dah lama tak melukis). Seperti kebiasaannya aku charge agak mahal sebelum ini per frame. Tetapi disebabkan kementerian ni merayu tepaksa diskaun 20 percent... bengang betul. Namun mak aku pernah berpesan "Sabar itu separuh daripada iman" jadi aku bersabar jerlah...(kepada yang taktau storyboard tu aper katbawah ada aku bagi contoh storyboard untuk korang fahami apa yang aku buat, yang aku punyer tak sempat scanlar u allzz... )

Alhamdulilah, setakat hari ni aku dah buat banyak jugak storyboard untuk kempan-kempen kerajaan antaranya Kem Pendidikan, Syabas and video korporat untuk company profile.
Alhamdulilah jugak, untuk kerja aku kali ni aku dah submit pun storyboard tu and dah approve. Cuma tunggu payment jer... once dah dapat aku citer k.. manalah tau bleh belanja gak kengkawan... ekeke.