Tuesday, November 25, 2008

aku udah dcni

Aku udah dcni. Aku Bekerja, aku menimba, aku blajar, aku mauk berdikari dan aku cuma sendiri. Katanya bandar ini bagus banget deh tp pada aku kayaknya biasa2 aja. Hanya teman berkata... Tak lama aku dcni..bentar aja.. Tp aku yakin ada yg br akan muncul dlm hidup aku. Mungkin cahaya, mungkin samarnya aja, mungkin trangggg banget pantulnya ingga kabur mata...tp yg dulu kubarukan, bkn kutukar, bkn ku cari deh...kerna hanya itu yg aku ada..hanya itu...kayaknya seprti aku menagihkan? tp bkn, pd aku...aku hanya memberi dan berharap ia menerima, bkn dgn paksa tp ikhlas dr atinya...aku serah aja padanya dan menanti keterbukaannya..harapan ia juga ada yg br utkku... Dr hati Hanif jakarta indonesia.

Thursday, November 20, 2008

aku akan [TERBANG] jauh

UNTUK
yang tersayang
kawan kawan
kenalan
rakan
teman
aku akan terbang jauh
berehat seketika di negara orang
namun masa yang ada
akan aku ruangnya untuk berfikir
tentang masa depan aku
tentang kehidupan aku
tentang pemikiran aku
tentang diri aku
tentang nasib aku
tentang aku

akan aku fikirkan semuanya
tapi yang pasti
aku akan fikirkan tentangnya setiap masa
sentiasa
untuk semua
maafkan
segala beban yang aku bagi
maafkan
segala kecelaruan yang aku dah buat selama ni
maafkan aku
nantikan aku pulang
mungkin pulang dengan semangat yang baru
mungkin juga seperti sediakala
akanku bahagiakan semua
untuk aku, dia dan kamu

Wednesday, November 19, 2008

aku akan berundur...

hmmmm....aku rasa satu hari aku akan berundur dari blog ni tak lama lagi.... bila masanya tiba blog ini akan hilang dari pandangan semua.

terima kasih pada yang melawat... blog ni pada aku banyak mengundang perasaan dalam diri aku yang tak aku ingini.... tetapi perasaan gembira bila ada yang menegurku disini juga banyak kurasai.. terima kasih....

bila aku dah takde disini nanti...hmmmmmm.....

terima kasih yang melawat.

Sunday, November 9, 2008

WAYANG KITA: [sudah ka belum ka]

[Wayang Kita] minggu ini memaparkan 5 buah filem yang pastinya menambat hati semua insan dan makhluk di dunia ni untuk menonton ataupun tidak mahu menonton... ulasan dibawah menerangkan segalanya tentang filem2 ini dan mengorek segala isi hatiku...

Kita mulakan carta Wayang Kita di tempat pertama [1] dengan filem Madagascar Escape 2 Africa yang menjadi filem kontroversi bulan Oktober 2008 dalam sejarah hidup aku untuk kali yang kedua selepas filem Eagle Eye di hari raya. Filem yang aku tak ingin tau langsung kisahnya dan tak nak tengok langsung ini telah sangat menyakitkan hati aku. Selamat menonton untuk yang berminat dengan filem yang hanya hiburan semata-mata ini... aku takkan gelak langsung kalau di bawa menonton filem ini... hanya binatang dan haiwan semata mata yang berlakon, kesian... maaf untuk yg berminat menonton filem ini atau yang telah menonton... terutamanya penonton di GSC Kinta City, Ipoh. Sian kat korang...
Di tangga yang kedua [2] minggu ini, James Bond Quantum of Solace 007: sebuah filem aksi yang penuh bertenaga dari mula sehingga ke minit yang terakhir... kalu tak silap aku untuk babak 1 sahaja produksi ini telah menghabiskan sebanyak 15-20 bijik kereta mewah untuk babak kejar mengejar tembak menembak tunggang langgang terbalik kot sumer ada tapi yang penting heronya Daniel Craig hanya berdarah di hidung sahaja...tu pun setitik sahaja mungkin hahaha... sgt percaya... korang wajip lar tengok citer ni sebab memang mencabar minda hinga ketitisan yang terakhir... ahaks.. tapi aku bagi 7 bintang dari 10 bintang yang bergemerlapan sebab walaupun heronya nampak tua sket tapi tetap macho sampai abes cerita... adus... bergelora.....

Di tangga yang ketiga [3] sebuah filem arahan Wan Azli, lulusan Ijazah Seni Persembahan Seni Layar UITM ini bertajuk Budak Kelantan... aku sangat teringin tengok citer ni taktau kenapa maybe sebab filem ini dikhabarkan sepenuhnya menggunakan bahasa Kelantan/ dialek kelantan dan orang kelantan. Org Kelantan pun ok wat? ape salahnyer... hahaha... filem ini dikhabarkan juga oleh ramy wartawan bahawa sebuah filem yang mempunyai isi cerita yang menarik, kelantan dan sangat perlu ditonton... bila aku nak tengok ni yer.. insyallah.. tahniah sekali lagi untuk sumer Budak Kelantan coz ada 1 filem yang bertajuk korang? bila nak wat filem Budak Kedah ni... huhuhu...

Di tangga yang keempat [4] aku baru dapat surve internet tadi dan dapat mengetahui yang filem SAW5 dah kuar panggung (takder sape cakap pun kat aku) sedihlar... nak tengok. Sebuah filem yang aku sendiri kategorikan sebagai genre kejam atau genre tersangat kejam (pandai jer wat genre sendiri) ini maybe banyak kena potong oleh lembaga pemotongan filem hehe...suke ati jer bagi nama... FINAS lar tu u ollsss... banyak adegan potong kepala, potong anu, potong tangan, potong jari, cucuk cucuk, tikam tikam, bakar bakar, tanam tanam, korek korek dan lain lain lagi. Untuk mereka yang kejam dan suka menyakitkan hati orang aku suggest untuk korg tengok cite ni supaya dapat belajar dari kesilapan lalu. Aku pun nak tengok jugak, cari DVD lar.....kahkahkah... tapi tak bermakna aku suka sakitkan ati org... tak pandylar bab2 tu sumer.

Filem terakhir [5] bertajuk Aegan sebuah filem Tamil, tak tau nak ulas ape and rasa cam taknak ulas jer coz takkan tengok sebab tak paham bahasa tamil... hehehe... sorry ekkk. tengoklar kalu korg minat yang gelap gelap...ok wat.. erkk
Kepada peminat peminat filem tanahair, saksikan filem filem di atas, terpulang kepada anda untuk memilih 'tepuk dada tanyerler selera teman anda dulu', tak tanyer maknanyer korang pergi sgsorg lah atau pergi dgn kawan baik anda yang lain ... tapi kalau nak tengok Madagascar tu pklar 2,3,4,5 kali sebab filem tu memang akan menyakitkan hati korang. hahaha.. yg dah tengok tu minta maplar yer... korg mesti paham kenapa? [tanda tanyer]

Sunday, November 2, 2008

WayangKITA - HSM[3] senior year

Nilar type of genre yang aku suke... yang macam ni , macam Mama Mia... hanya yang macam ni jer yang buat aku tersenyum sampai abes...

Sabtu lepas dapat aku nonton movie High School Musical 3: Senior Year dengan kawan aku yang namanyer anne and rakannyer Ida, walaupun citer ni hampir sama jer dengan HSM 1 dan HSM 2 tapi oklah lagu lagu dia sumer best... biarlar org nak kata aku ni tak macho ker apa ker sebab tengok citer ni yang penting aku puas... sebab bangun jer aku dah nyanyi, mandi nyanyi, duk update blog nyanyi, baru nak makan aku nyanyi... walaupu... suara tak shedap... hehehe..

Best Siuuut... yang kecewa macam aku, aku galakkan pergi supaya dapat ktorg menghappykan suasana idup korg tu...

[PS] untuk Nana, ajak Arif gi tengok citer ni k baru cun... baru senyum sket...

pelakon-pelakonnyer adalah......


Nilar hero and Heroin citer ni... taraaaaaaaaaa!!!
Troy Bolton = ZAC EFRON

Gabriella = Vanessa Hudgens

tengok ramy2 ngn kwn kwn lagik best... tapi pilihlar kwn yang camner k... kalu kwn tu asik nguap jer tgk musical ni ketuk jer kepala dorg tu...bagi sedar dan hargai filem yang dia bayar tu....hahaha....