Wednesday, December 31, 2008

happy new year 2009

HAPPY NEW YEAR 2009,
happy new year 2009 HAPPY NEW YEAR 2009
HAPPY NEW YEAR 2009 happy NEW year 2009
SEMOGA ALLAH MERAHMATI SETIAP YANG KITA LAKUKAN
SEMOGA APA YANG DIIMPI
DI TAHUN 2009 NANTI
AKAN TERCAPAI!!!!

Tuesday, December 30, 2008

[polling!!!]

Keputusan polling!!!

Norman Hakim telah di poll dalam blog ini sebanyak 11 undian dalam membuat kesilapan dalam hubungan antaranya dengan Abby Abadi manakala Abby menerima 1 undian sahaja. dimanakah kesilapan Norman dan apakah pula kesilapan Abby yang sedikit itu?

Aku yang juga tercalon dalam polling telah menerima 3 undian manakala Dia telah dipoll juga dalam kiraan yang sama. Adakah aku dan dia sama sama bersalah dalam hubungan Abby dan Norman ini ataupun Aku dan Dia bersalah dalam hubungan antara mereka. Mari kita fikir-fikirkan.

Walaupun terpisah, semoga Norman dan Abby Abadi menemui jalan terbaik dalam hubungan antara mereka memandangkan anak-anak masih menjadi hubungan kekeluargaan antara Norman dan Abby sekeluarga.

Peminat peminat anda sentiasa menyokong dan mendoakan yang terbaik untuk anda sekeluarga.

Insyaallah!!! daaa polling ditutup.....

Sunday, December 21, 2008

nak beli dah ni... tolonggg




akhirnya aku pilih untuk beli HTC TOUCH HD. Ok tak? tolong bagi komen kepada sesiapa yang pernah memilikinya sebelum aku terbeli....




Friday, December 12, 2008

[10 cerita] DI HARI RAYA

askum...
entry kali ni macam tak berapa bersemangat sangat nak tulih...tapi tulih jugaklar...
aku tak tau nak tulih aper tapi sepanjang aku tak tulih ni aku ada balik rayer sebenornyer. macam mcam yg berlaku time ari raya... sedih ada... suker ade... gelak ada.. kecewa ada... sumer bercampur baur, sempat ku coretkan seperti di bawah...
1. Takziah untuk keluarga kakak ipar aku atas pemergian abah tersayang pada 7 Dec 2008 iaitu sehari sebelum Hari Raya Aidil Adha...sedeh siut kehilangan org tersayang di hari yang bahagia... ibuku bercerita yang betapa sayu majlis pengkebumiannya bila pemergiannya kerahmatullah diiringi dengan takbir yang sedang bergema. Semoga roh allahyarham di tempatkan di kalangan umat-umatnya NYA yang beriman. Al-Fatihah.
2. Kenduri korban kat umah kakak aku buat kali keduanya aku jadi tukang basuh pinggan paling berwibawa dan berpotensi untuk di ambil bekerja di hotel hotel mewah. manakan tidak tugasku bermula jam 5.00 pm sampai 10.00 malam... sakit pinggang di buatnya siut... pertama kali aku basuh pinggan di majlis kenduri adalah pada majlis kawin sepupu aku yang dah beranak dua skrg ni pada tahun 2004... lenguh badan 2 ari... adeh.
3. Kali ini aku balik kampung tanpa menaiki Kereta Persona 1.6 ku itu sebaliknya menaiki flight yg di pandu oleh Kapten Zarul dan pembantu Kapten Omar dan anak-anak kapalnya telah melayan karenah aku. Flight yang aku naiki tidaklah sepopular MAS, bukanlar sehebat promotion FIREFLY dan bukan juga mahu terbang kepantai dengan BERJAYA AIR sebaliknya ngn AIR ASIA sahaja. okay wat... flight jugaklar kan... tapi org yang amik aku time balik aritu gi tunggu aku kat KLIA, katanyer... ntahlar apa yang dimamaikannya... wallah hualam.. hanya Dia yang tahu.
4. Komedi di hari raya apabila kakak aku yang baru dapat tukaq sekolah itu mendapat sekolah yang namaya agak pelik iaitu...jeng jeng jeng... Sekolah Bukit Pak Kiau yang terletak di Pokok Sena dalam daerah Kota Setar. Pada malam raya pertama itu jugaklar aku dipaksa taip surat rayuan tukar ke sekolah yang namanya lebih POPULAR dari itu... AHAKS...
5. Pada hari last nak balik sempat Aku membebel bersunsur nasihat kat abang aku bermula jam 1.56 am hingga 4.00 am.. dah last-last word dah kata nasihat aku untuk dia tetiba aku tgk dia dah nyenyak dah. aku agak sejam yg lalu lg dia dah tido... hampeh btol $^*&^(*&(!!!
6. dah 5 hari balik kampung rasa jugak Rindu kat Mak, rindu kat Ayah, rindu kat semua...tapi dalam hati aku, aku rindu jugak kat dier :(
7. Aku mendapat tawaran untuk mendesain pakaian di Butik Uluwatu yang terletak di the curve mutiara damansara. 'Betapa gembiranya hati tidak terkata' apabila mendapat tawaran yg sebegitu buat kali pertama. dapat jugak menampung hidup aku yang dah nak dekat PPRT dah ni. semoga koleksi ku mendapat tempat dimata Bos Uluwatu yang dateline submitnya sebelum 22 December 2008. OHHHH YEAHHH... happy di sini happy disana happy disinun...
8. Sungguh tak kuduga bila balik jer kampung aku dengar anak anak sedara aku yang kebanyakkan nya wanita berusia 12 tahun kebawah itu ngomong ngomong bahasa Indonesia... roper2nyer cuti sekolah tahun ni sumer demam citer indon kat TB... adeh sekali lagik..
9. Aku dikenen kenenkan... ahaks tak nak citer lebehlar... malular...
10. Masa duk kat umah akak aku kat jitra tu aku terdengar lagu ni kat radio.. cam sedap plak jadi sekarang aku duk nyanyi kat opis.. untuk yang membaca mari kita nyanyiramai ramai.. sore kita sumer sedap sebenarnya, kalu nak tau trylar...sedap tau LAGU ni...
Kerana kau ku masih di sini Kerana kau ku bisa menangis Dan kerana kau yang menghancurkan Ku tiada berteman Terkenang wajah mu aku pilu Selangkah ku tersebut nama mu Tak terasa jiwa ku dipalu Oleh rindu dan dendam pada mu Dan ketika ini dan di saat ini Dimanakah dikau Kau puja bulan yang mengambang Kau pinta bunga yang di taman larangan Kau sendakan ku punya perasaan Dan kau menyatakan bahawa cinta ini Hanyalah permainan Mengapakah tak kau rasa Bukan paras rupa yang sangat ku pinta Ohh... ohh Tapi hati yang dapat merasa Yang kesedihan ini tak lain Hanyalah kerana mu Mengapakah ku diluka Mengapakah harus ku tanggung semua ini Tidakkah kau merasakan Kesedihan ini tak lain hanyalah kerana mu
"semoga semua insan yang bercinta bahagia hendaknya kerana cinta itu sememangnya bahagia..."

Monday, December 1, 2008

angan2 [2k9]

aku mesti dapat [D] 2K9
cita cita nak dapat kan semua ni,
mungkin hanya angan-angan tapi memang aku akan usaha nak jugak semua ni...
akan ada lagi tapi tunggu di entry akan datang. tak sempat survey lagi
and nak pk apa yang aku nak lagi.


handphone @ pda



HTC MAX 4G
rm 3,200 (hopeless)
HTC TOUCH DIAMOND
rm 2,600 (bleh dapat murah lagi ni)


jam


PHILIP S+ARCK WATCHES
EDISI DIGI CRYSTAL (kalau tak silap)
merah atau putih atau hijau macam kat atas
rm 548
ring

CALVIN KLEIN RING
rm 250
~~~~~~~~~~(to be continued)~~~~~~~~