Tuesday, April 28, 2009

tulisanku dari HATI

HATI,
HATI aku selalu kata
aku kena buat itu, aku kena buat ini
tapi HATI aku jugak yg tak mahu
bila HATI juga yang kata
aku tak nak itu, aku tak nak ini
mana satu yg betul ni HATI
nak ikut HATI itu atau nak ikut HATI ini

HATI,
apa yg ko tulis ni tulisan dari HATI , tau?
bukan dari HATI dia
tapi HATI kita
cuba ko lebih berHATI2
aku rasa dia tak berHATI2 memilih HATI
kerna kalau benar pilihan HATInyer kenapa bukan HATI ini
HATI ko
HATI kita
HATI aku

HATI,
ini tulisan dari HATI
aku harap HATI kita terus bertahan
bertahan untuk tidak menangis lagi
bertahan untuk tidak meminta minta
walaupun airmata sentiasa menitis
aku minta agar HATI kita terus ikhlas untuk mencintainya
walaupun HATI aku pedih terima segala
HATI aku redha.

aku
5.45pm

Monday, April 27, 2009

KERNA aku...

aku tak perlu KAMOO
aku tak perlu CHINTA
aku tak perlu RINDU KAMOO
aku tak perlu MENCINTAI CHINTA
kerna CHINTA membunuh aku
kerna CHINTA yang aku cintai pendusta
kerna RINDU KAMOO yang di ungkapkan CHINTA bukanlah untuk aku
tapi untuk dia
DIA yang menarik semua bahagiaku
tapi terima kasih DIA
kerna DIA mangajar CHINTA erti cinta
kerna DIA mengajar CHINTA erti pendusta
kerna DIA mengajar CHINTA erti hargai
kerna DIA juga mengajar CHINTA erti di dustai
mungkin DIA dan CHINTA memang tidak mengenal
erti cinta sebenar
erti menghargai
erti menyayangi
erti rindu KAMOO
yang di ungkapkan
kerna itu CHINTA mendustai cinta sebenar aku padanya.

Tuesday, April 7, 2009

semoga...

Peruntukkan secebis dari masamu nan terluang
Mengimbasi kembali suka duka masa nan silam
Ditempuhi bersama setiap cabaran yang datang
Pengalaman yang pahit dan manis tak terlupakan
Dari bawah setangga ke setangga kita mendaki
Kita jatuh terluka dan bangkit melangkah kembali
Dengan rasa percaya pada keupayaan diri
Tiada yang mustahil dihadapi
Demikian kebalnya ikatan kita
Demikian eratnya jalinan rasa
Keyakinan diiringi doa
Begitu percintaan kita
Sebati dengan cita-cita
Merancang kehidupan hari muka
Aku gembira menyaksikan
Kau beroleh kejayaan
Dulu di kaki tangga
Kini di menara
Jangan kau lupa masa silammu
Dan mereka yang membantu
Moga tak kau abaikan
Amanah dan kewajipan

hmmmm...

Dingin sungguh malam ini
Dan sukar mata kulelapkan
Lalu kucuba coretkan
Secebis lembaran buatmu
Tidak terkira perutusan
Satu pun tiada balasan
Namun ku tak putus harapan
Walau hati ini sudah mula bergoyang
Dapat ku bayangkan kau mula berubah
Bila di puncak menara gading
Sedangkan aku hanya mampu bermimpi
Untuk ke puncak seperti mu
Disebabkan itu kau mencipta jurang
Perhubungan kita mula menjadi renggang
Dan keangkuhanmu kini mula ketara
Memandang aku cuma sebelah mata
Dulu aku bagimu
Jambatan untuk kau ke seberang
Mudah sungguh kau lupakan
Semua jasa-jasaku
Semua pengorbananku untukmu
Semua jasa-jasaku
Semua pengorbananku untukmu