Tuesday, May 26, 2009

Kebetulan ini hanya UNTUK aku...

malam itu aku hanya merenung ke muka temanku;

tiba tiba dia berkata dgn selamba,

"woit, hanya orang-orang yang teguh jiwanya mampu menjadi sahabat setelah berpisah. Jika ko merasakan ko seorang yang nostalgik, pendendam dan 'pembunuh bersiri', silalah tegas memadamkan si dia dari layar memori, tanpa mengambil masa terlalu lama. Ko perlu ingat bahawa lapan dari sepuluh orang yang kita temui semasa hayat hanyalah diciptakan menjadi kenangan, walau pernah rapat dan intim dalam hubungan."

aku senyum sikit, dia tambah lagi;

"Berikan masa untuk diri menyendiri, menikmati sunyi dan menghargai sepi. Teruskan membaca, berdoa, dan bertahajud. Apabila hidup kita terlalu dicoraki 'si dia', memang sukar untuk kembali sendiri. Tetapi inilah masa untuk berdikari dan melihat diri sendiri."

aku terus menangis sekuat hati tanpa henti dalam kereta aku,

aku harap aku dapat hadapi keadaan ini walaupun dia seringkali muncul dalam mimpi-mimpi malam ku hampir setiap hari dan seringkali membuat aku menyebut namanya apabila berbicara walau dgn ayah dan emakku sendiri.

aku call mak kat kampung lepas tu jugak sebab tak tahan lagi, tp mak tambah;

mak kata dalam loghat Kedah: jgn biasa menyoal tntg hukuman dan menghukumi kerna kesalahan sendiri tak mungkin kita ingati di satu hari nnt... mungkin yg di tentukanNya belum tiba lagi...

kenapa emak menambah sedehku... makkkk...

Thursday, May 14, 2009

terlewati

sudah lewat
untuk aku menyapanya lagi
sudah terlalu lewat
untuk aku menyentuhnya lagi
sudah terlalu lewat
untuk aku terus memilikinya lagi
airmata hanya menitis sepi
sepi itu terus bernyanyi
bernyanyi tanpa mahu berhenti

hentian sepi itu tiada lagi berpenghuni
setiap ruang sudut kosong terasa seperti berbunyi
namun bukan lagi bunyi bunyi
yang aku dengari dulu
rupanya bunyi itu datang dari dalam hatiku

hari berganti terus aku didatangi
belenggu yang coba merempuh emosi
emosi ini rupanya takkan berhenti
memberitahu aku yang aku sentiasa rindu
rindukan sepi walau aku benci

15 may
3.45am

Saturday, May 9, 2009

sepi...

aku sendiri
aku bersendiri
aku menyendiri
seorang
berseorang
keseorangan lagi
cuba menyepi mencari jalan aku sendiri
aku pasti adanya jalan itu
tapi hanya aku yang tahu
kerna dia takkan mampu membantu aku lagi
yang pasti aku akan terus sepi
sepi...aku benci






Tuesday, May 5, 2009

mentari menipu AKU

Sang suria itu seringkali menipu aku
Kejap panas, kejap redup
Kejap kejap panas terik dan tetiba hujan renyai
Kemudian sangat lebat dan renyai kembali
kerna cuba membasahi bumi ini

Tapi mungkin bukan aku sahaja yang tertipu dek suria
Mentari itu menipu semua makhluk di bumi dengan keindahan
Demi kepentingannya

Kadang2 aku terfikir mengapa aku dan manusia lain memerlukanmu
Tetapi kadang2 aku berhenti memikirkannya walaupun aku tahu
Aku takkan mampu.

Semoga Sang Suria itu terus terik menyinar walaupun sering menipu manusia dengan sinaranmu.
Suatu hari kau pun akan lenyap dilitupi malam yang gelap sepertinya aku.

4.22pm