Wednesday, January 21, 2009

SEMBILAN... TAK ONG MA...

RENTETAN HARI HARI 2009 YANG PADA AKU TAHUN KURANG BAEK UNTUKKU

banyaknyer XTVT 1st-3rd week 2009.....
semua benda2 ni tujuannye untuk ilangkan stress/tekanan/pressure dalam diri aku
sian kat aku.. pressure sgsorg jer takder sebab...


PINGGAN2 TERBANG -Aku belajar makan sushi ngan member yang kononnya peminat dan penggemar sushi. Dia makan macam org giler dan aku pun turut giler memakannya dgn penuh berselera... b4 that kononnya bagitau bdk2 opis camner nak hadapi keadaan tak lalu makan sushi n tak baper suker makan sushi... tetiba member plak yang nak belanja jadi aku ambil sahaja pinggan2 sushi yang berterbangan di sekeliling aku. aku kata nak pinggan tu dia kata amek, aku kata nak pinggan tu lagik dier kata amek jer, aku kata nak sushi tu dier kata ameklar i belanja... uhhhh best makan...kahkahkah...

SYURGA -Puas hati akhirnya dapat jugak pergi nilai yang dikatakan syurga untuk mak dan kakak2 aku bershopping tapi memang sumer benda adalar kat sana dari fabrik, aksesori, jam hingga kedai kahwin and macam macam lagi kat ctu. tak larat nak jalan... bawak keluarga anda kesana yer... tapi tak shopping pun. gi jalan jalan jer sambil gk apa2 yang patut manalar tau mak aku dtg cni jadi blehlar soping.

SAIZ KAKI - Setelah hampir berpuluh kali melawat butik Lacoste yang terletak di beberapa Pusat membeli Belah sekitar KL spt di Garden, KLCC, KLIA, One Utama dan beberapa lagi tempat, akhirnya aku berjaya jua membeli sepasang kasut Lacoste yang ada saiz kakiku ini..almaklum jelah kakiku agak kecil kerana aku kan comel!!!..haha... sebab takder saiz yang sesuai untukku sebenarnyer... aku try cari picture Lacoste shoes tu tapi takder dalam website lagilar.

SOTONG -Lepak makan-makan kat muara ikan bakar, port klang ngn beberapa rakan-rakan sambil menceritakan masalah masing masing. kitorang makan Ikan bakar pastu borak, makan sotong goreng tepung pastu borak lagi, kitorang makan ketam sweet sour pastu sambung borak, kitorang makan udang orang pedas then borak lagi...sedar sedar dah tengah malam.

LEPAK2KING - Lepak-lepak minum-minum sambil bershisha-shishaan dengan beberapa kawan2ku di Lebanese Restaurant sambil kami melihat permandangan sekeliling yang bertujuan utamanya mencuci pandangan mata kitorang yang hampir kosong ini...ahaks...ummmmm sedapnyer....

HISAP -Aku baru belajar hisap shisha...tak pandylar...ahaks., agak pening kepala sebab tak pernah COBA pastu ok jar u olzzz... tp terbatuk batuk jugaklar dalam sejam, almaklumlarkan aku ni tak pernah isap-isap rokok ni....kekeke. Minggu ni nak try pasang shisha kat umahlar, nak hisap dengan tekun dan bersungguh sungguh untuk memuaskan hati aku. untuk pengetahuan korg, aku ada 2 set Shisha dgn 15 perasa spt pisang, epal, tembikai, mint dan sebagainya yang aku beli dari Egypt tahun lepas tapi tak terpasang-pasang jugak coz takder org nak tlg psgkan...tak interestedlar tew... :(
SERAM - Bukit Ampang ni aku pernahlar pergi sekali dua ngn member2 dulunyer , dulular... tapi kali ni aku redah jer sebab sgsorg kan. pergi jerlar dan temui tempat dan jalan yg benar... bila dah sampai kat tempat yg view KL chantek tu, aku tgk ada sorg dua jer plak... macam seram n takut2 jer..tapi aku beranikan diri jer kuar dari keter and lepak atas booth depan keter persona 1.6ku yang tak bercuci selama sebulan tu.

FELDA..UMMM SEDAP.. -Aku agak leteh menghandle majlis resepsi Mawi yg dah berlaku pun kat hotel terkemuka Palace of the Golden Horses. ketiga tiga wedding Mawi ni aku involve bersama 3-6 org dalam our team... Agak penat untuk aku coz majlis ini agak besar namun pada aku wedding di Felda Taib Andak lagi besar dan sukar sebab melibatkan peminat2. mana taknyer konsert di padang malam sebelum, persandingan dipadang tengahari pastu bersanding di dewan pulak lepas tu. berlari-lari mencari maklumat sekitar Felda itu sehinggakan aku rasa kalu aku pergi lagi sekali aku dah tau umah ketua kampung kat maner n umah mak odah katering kat maner... btw masakan Mak Odah memang yang tersedap sekali kat malaysia setakat ini...korang kena rasa tau... ahaks. papepun ia experience yang takkan aku lupakan.

STIM... - Aku memulakan tugas memasak buat pertama kalinyer dalam tahun 2009 kat umah member aku ni...kat umah sendirik pun tak masak lagik tahun ni... wat steamboat plak tu u ols... senang jer dan sangat sedap jer... hehe.. up diri sendiri. Rasa rasa aku sedaplar kot sebab diorg makan dgn lahapnyer... kahkahkah... jgn marah tau korang.

SYIAN -Aku gi jalan jalan round2 negeri melaka bandar bersejarah dgn member aku sorg ni kononnyer nak release tension coz kedua-duanya mempunyai masalah yang hampir sama katanyer. tetiber keter dier rosak...syiannyer dier... sabar ekk. tapi dapat gak balik malam tu. kitorang pergi ptg and balik tgh malamnyer... hahaha... macam org giler kan? mmg aku giler!!! kawan aku ni memang giler dari sekolah lagik!!! syian.. haha

GUGUR -Aku jadi penggemar mamak stall plak sejak akhir akhir ni (tahun 2009 lar tu)... aku lepak sorg2 sambil konon2 tunggu buah yang takkan gugur lagik...buah tu mmg takkan gugur lagik huhuhu jadik aku sedeh sambil minum teh o ais yang tetiba menjadi kegemaran aku di tahun 2009 ni...

KAWAN -Sorang budak rumah aku terpaksa merelakan dirinye untuk membina kerjaya di seberang laut iaitu di negeri Sabah maka hilanglah lagi sorg kawan yang dekat dgn aku kat umah tew. aku doakan dier selamat bekerja dan sihat disana.

ROSAK -aku makan makanan kegemaran member aku yang namenyer Wawa, memang sedap, aku makan Yong Tau Foo. Wawa ni pun mengalami masalah yg sama dgn member aku aritu iaitu keretanyer rosak... naperlar member aku sumer keter rosak... ptg tu aku pergilar plak tolak keter dier kat pwtc masuk dalam parking.. nak patah jugak pinggang walupun aku gi posing jer jaga trafik sambil yg len menolak dgn gembira. malangnya yong tau foo tu buat aku sakit perut giler n mc 1 hari.

MANTAP - dalam 3 minggu 2009 ni baru sekali jerk aku pegi Gym... nak tau sebabnyer tak.. kad aku baru jer di extendkan sampai June 2009... alasan jer tu u olss....aku nekad untuk pergi seminggu 3 kali dalam bulan February... chayuk2...kita tgk camner perkembangan nyer nnt.. bukan badan aku yang kembang tau...

LOVE YOU- kakak aku kursus kat cni 4 bulan jadi masa aku agak byk dgn akak aku 2-3 minggu ni... kuar pun selalu gak ngn dier, tp 2-3 jam jerk jalan2 dier dah merungut dah. tak larat jalan katanyer... kahkahkah... 25 ni Besday dier Eppy Berday Kakak ku... LOVE YOU...

CHOCOLATE - korang tau tak The Apartment kat Curve tu... sekarang ni aku selalu lepak ctu sgsorg sambil makan desertnyer yang lazat itu... baked chocolate pudding bersama Ice lemon tea, kgkadang aku minum Watermelon Juice yang sgt Fresh dan menyegarkan di ctu. sedapnyer tapi aku ni tak boleh makan choc bebanyak.. cepat pening... rugi kan?

KESIMPULANNYER?
DUIT HABES...
PADAN MUKE AKU SORANG.

Sunday, January 18, 2009

AJL 25...


TAHNIAH kepada Meet Uncle Husin... 2nd indie band yang telah berjaya memikat hati juri dan penonton di Stadium Putra serta penonton di rumah malam ahad lepas selepas Estranged berjaya tahun lepas... Stadium Putra dikhabarkan penuh pada malam itu... Tahniah Meet Uncle Husin dan semua artis semalam. yang penting aku sangat terhibur dgn semua persembahan terutamanya Faizal Tahir [sampai syurga] yang sangat tersentuh , Elyana [Kalis Rindu] cute jerkan... Stacy [Aku Stacy] yang sangat bertenaga, Kak Ziana [Dingin] mmmm...

Papepun... inilar lirik lagu yang telah memenangi Anugerah Juara Lagu ke 25...

Lagu Untukmu (MEET UNCLE HUSIN)

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicela
Bagai ku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini takkan berubah kerna
Aku tetap aku dan alur hidup mu bukanlah aku
Guna hati akal dan fikirankan
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Adakah aku
Hanya bonekan yang engkau sering mainkan
Yang dikawal oleh jari jarimu
Ku punya hati dan perasaan
Pernahlah engkau fikirkan
Cukuplah cukup oh cukuplah
Guna hati akal dan fikiranmu
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Tak tahan tak tahan
Sabarku tak tertahan
Melayan sikapmu perawan
Berbeza berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan
Ku ingin dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai disini sahaja
Hubungan kita berdua

WBI: they wait

wayang bulan ini...

Sabtu lepas aku berkesempatan menonton filem 'They Wait'.
Filem seram yang hanya bermotifkan hantu terkejut-terkejut dan cerita campur campur cina dan omputih ni tak banyak sangat impak dalam diri aku malahan pada org yang pergi dgn aku jugak. FYI, Almaklum sahajalah aku sangat mudah terkejut dgn benda benda hantu ni jadi aku memang penakut dalam panggung yang berlatarkan citer hantu.
Untuk citer ni kitorg hanya banyak gelak ketawa dan tertanya tanya; citer apekah ini!!? haha...
tapi takper papepun aku bagi:
4 bintang dari 10 bintang.
syian!!!
selamat menonton

Thursday, January 15, 2009

OBOR [kedamaian!!!]

Nyalakan obor ini di blog anda sebagai tanda sokongan anda terhadap rakyat palestin!!!

Wednesday, January 14, 2009

aku [MC] di hari khamis

Arini aku MC sebab sakit perut giler... Stress giler bangun 6 am semata mata kena masuk toilet...
pastu dikuti 7.25am pastu di susuli pulak jam 9.02am... huhuhu..
kalu bangun 6 am wat benda lain yang best ok gak..hua hua hua...
Akhirnya aku amik keputusan untuk pergi gi klinik kat bawah opis aku tu,
tapi kena nek opis kejap wat kejer... dan dapat MC.
adusss...

lagu [BACKUP] blog ini!!!


Aku nak citer pasal lagu yang membackup blog aku bulan ni. Lagu ni tajuknye Sampai ke Ujung Dunia. Lagu yang penuh makna buat aku di penghujung 2008 ni kebetulan aku beli cdnyer masa gi Jakarta aritu. Lagu nyanyian Dirly iaitu naib juara Indonesian Idol season 2. Setiap hari aku dengar lagu ni dalam keta. makin lama dengar makin best, makin lama dengar makin terasa apa yang disebut Dirly, makin lama dengar makin kena plak dengan apa yang terjadi dalam hidup aku, bukan tujuan untuk aku masih menyebutnya tapi aku masih ingat semuanya... tu yang buat aku tak tentu hala...aku tak tentu hala... untuk yang baca entry ni hopefully korang faham bila dengar lagu ni...sebab semua orang mungkin menghadapinya atau akan lalui semua ni nanti. kepada yang membaca cuba fikir2kannya dan jangan sesekali mengungkit tentangnya...maafkan aku yer.

SAMPAI KE UJUNG DUNIA...dirly.

Cinta ini menggelisahkan aku
Membuat aku gila
Andai kita terpisah
Mati rasa-rasaku

Cinta ini membodohkan aku
Menutup akal sehatku
Andai engkau tak disisi
Risau isi jiwaku

Chorus:
Selama kau belum jadi milikku yang utuh
Aku akan selalu milikimu
Selama bumi masih akan terus berputar
Aku akan slalu menujumu
Walau ke ujung dunia

Cinta ini membodohkan aku
Menutup akal sehatku
Andai kita terpisah
Mati rasa-rasaku

Tuesday, January 13, 2009

[WBI]: Bedtime STORIES

WAYANG BULAN INI!!!

1st movie in 2009...
BEDTIME STORIES
bleh tahan and buat aku tetiba tergelak
hati yang duka bleh terubat sikit bila tgk citer ngarut2 gini..
mari..mari..mari...
macam jual ubat plak.
hehehe...
nilar poster sebenarnyer...
markah: 5 dari 10 bintang

Monday, January 12, 2009

2008 dlm [KENANGAN]

Aku kembali tapi kali ini dengan diri aku yang lebih baru.. katanyer
lebih berdikari, lebih usaha, lebih perhatian, lebih rasa cinta, lebih kasih sayang, lebih banyak senyuman, lebih bersemangat, lebih segalanya tapi bukan untuk siapa-siapa, kini
untuk aku sahaja...hanya untuk aku...aku seorang.

2008 banyak tinggalkan kesan dalam hidup aku, semuanya rasa-rasa yang gembira dan bahagia. harap harap 2009 ada sesuatu yang baru untuk aku akan muncul, aku hanya tunggu masanya tiba. Sedikit trivia kenangan 2008 untuk tatapan semua:

1. Aku dapat menjelajah dan menyentuh beberapa buah negara seperti Egypt, Jordan, Bahrain, Jakarta dan Bandung serta beberapa tempat dalam negara termasuk Sabah dan Sarawak. Semuanya pergi atas urusan kerja...tapi at least bleh melancong n rasa negara org...

2. aku dah dapat merasai keindahan 2 keajaiban dunia iaitu Pyramid Giza dan Petra. Bangga siut... Selain itu aku dah pergi laut mati, laut merah, mount Nebo, Tasik Qarun dan banyak lagi. kenangan yang indah 2008 hanya disini... May - June 2008 . 2 mingu disana.







2. Shopping di bandung macam org gilerrrr... pada May 2008.

3. in the team of 5 yang menghandle wedding mawi & Ekin kat Felda Taib Andak 28 dec 08 dan Johor Bahru pada 21 Dec . Selain menghandle jugak Wedding kat Palace of the Golden Horses yang berlangsung pada 11 jan 2009 dgn 15 staff Maestro yang lain. Tahniah untuk semua coz berjaya anjurkan Wedding of the Year 2008 yang akan diingati kenangan event itu sampai bila-bila. Syiok wo!!! adventure...

4. Saman polis trafik hanya berjumlah RM30 setahun.

5. beli handphone baru Nseries N81 tetapi seminggu kemudian rosak slidenyer.. pengajarannye untuk korang jgn beli tpon tu tau.

6. Masalah dalaman dalam family merapatkan lagi hubungan kitorang. Tak penah ada masalah ni sepanjang idup aku. hanya aku dan kuarga yang tau.

7. banyak jugak movie yang aku tonton tahun ini berbanding tahun2 sudah. terima kasih kpd dia yg membuka minda aku untuk pergi menonton wyg untuk release tension.. kdg2 berguna.

8. aku dah wujudkan 1 blog untuk reunion member member utim. terima kasih untuk yang buka dan update blog itu http://luvlybatch2000.blogspot.com

9. Aku berjaya menyewa beli sebuah kereta baru pada awal january 2008 iaitu Persona 1.6 colour blueberry tea. dah lama tak cuci. Ptg nilar gi cuci keta...ahakks..

10. ada 1 blog yang dulunya nama my ents world tapi sekarang dgn imej baru my new [hope] when i.....
11. The best love story ever in my life...thanks.
12. banyak lagi nnti ceq tambah k... busylar...

Thursday, January 1, 2009

UNDER CONSTRUCTION 2009

UNDER CONSTRUCTION UNDER CONSTRUCTION UNDER CONSTRUCTION UNDER CONTRUCTION UNDER CONSTRUCTION UNDER CONSTRUCTION UNDER CONSTRUCTION UNDER CONSTRUCTION UNDER CONSTRUCTION UNDER CONSTRUCTION UNDER CONSTRUCTION UNDER CONSTRUCTION UNDER CONSTRUCTION UNDER CONSTRUCTIONS UNDER CONSTRUCTIONS UNDER CONSTRUCTIONS UNDER CONSTRUCTION UNDER CONSTRUCTION UNDER CONTRUCTIONS