Monday, September 8, 2008

Storyboard di Bulan Ramadhan - Rezekiku.

Rezeki di bulan Ramadhan;

Berkat bulan Ramadhan yang mulia ni ttiba jer di hari Jumaat penghulu segala hari aku mendapat panggilan telefon nak bagi extra job... walaupun taklar banyak sangat harganya macam org len dapat tapi... bulan Ramadhan Al-Mubarak yang suci murni ni kita kenalar bersyukur dengan rezeki yang datang.

Extra job tu memerlukan kreativiti, pemikiran mendalam dan segala ilmu fantasi yang aku ada namun dah lama aku tinggalkan semasa di Fakulti Seni Persembahan di UiTM dulu. "UITM usaha takwa muliaaaaa......" tetiba ada background music dalam otak ni... maybe rindu kat UiTM... naper ekk?? heheh adalar tu...

Oklar, berbalik kepada extra Job tadik, job tu under Kementerian Kesihatan. Aku dikehendaki buat STORYBOARD untuk Kempen "Tiada Aedes, Tiada Denggi".. disebabkan dah lama tak buat kerje ni hampir setahun.. namun aku telah berjaya menghasilkan 14 frame stroryboard sebagaimana yang dikehendaki dgn kreativiti dan penuh kesabaran...konsep and jalan cerita semua dah tertulis cuma aku kena berfantasi untuk tetapkan setiap Shot. (gigil jugak nak start drawing tu...sebabnyer dah lama tak melukis). Seperti kebiasaannya aku charge agak mahal sebelum ini per frame. Tetapi disebabkan kementerian ni merayu tepaksa diskaun 20 percent... bengang betul. Namun mak aku pernah berpesan "Sabar itu separuh daripada iman" jadi aku bersabar jerlah...(kepada yang taktau storyboard tu aper katbawah ada aku bagi contoh storyboard untuk korang fahami apa yang aku buat, yang aku punyer tak sempat scanlar u allzz... )

Alhamdulilah, setakat hari ni aku dah buat banyak jugak storyboard untuk kempan-kempen kerajaan antaranya Kem Pendidikan, Syabas and video korporat untuk company profile.
Alhamdulilah jugak, untuk kerja aku kali ni aku dah submit pun storyboard tu and dah approve. Cuma tunggu payment jer... once dah dapat aku citer k.. manalah tau bleh belanja gak kengkawan... ekeke.






3 comments:

mesin.taip said...

aku try bukak gambar tu...tak nampak...kecik sangat la...

eerrrmmm...boleh la blanja rakan2 berbuka pose pasni...nenene...

Hells Design said...

ari tu tgk stroty board tu lain...ni lain plak

@reniev said...

naper korang sumer tak baca blog ni... tu contoh storyboard yang aku punye ada kat client baru nak scan esok yer...
taklar hebat sangat...