Tuesday, May 26, 2009

Kebetulan ini hanya UNTUK aku...

malam itu aku hanya merenung ke muka temanku;

tiba tiba dia berkata dgn selamba,

"woit, hanya orang-orang yang teguh jiwanya mampu menjadi sahabat setelah berpisah. Jika ko merasakan ko seorang yang nostalgik, pendendam dan 'pembunuh bersiri', silalah tegas memadamkan si dia dari layar memori, tanpa mengambil masa terlalu lama. Ko perlu ingat bahawa lapan dari sepuluh orang yang kita temui semasa hayat hanyalah diciptakan menjadi kenangan, walau pernah rapat dan intim dalam hubungan."

aku senyum sikit, dia tambah lagi;

"Berikan masa untuk diri menyendiri, menikmati sunyi dan menghargai sepi. Teruskan membaca, berdoa, dan bertahajud. Apabila hidup kita terlalu dicoraki 'si dia', memang sukar untuk kembali sendiri. Tetapi inilah masa untuk berdikari dan melihat diri sendiri."

aku terus menangis sekuat hati tanpa henti dalam kereta aku,

aku harap aku dapat hadapi keadaan ini walaupun dia seringkali muncul dalam mimpi-mimpi malam ku hampir setiap hari dan seringkali membuat aku menyebut namanya apabila berbicara walau dgn ayah dan emakku sendiri.

aku call mak kat kampung lepas tu jugak sebab tak tahan lagi, tp mak tambah;

mak kata dalam loghat Kedah: jgn biasa menyoal tntg hukuman dan menghukumi kerna kesalahan sendiri tak mungkin kita ingati di satu hari nnt... mungkin yg di tentukanNya belum tiba lagi...

kenapa emak menambah sedehku... makkkk...

2 comments:

bungeCENGKEH said...

betul apa yang mak kau katakan itu
kadang2 kita tak sedar bahawa segala yang berlaku berpunca daripada kita dan dengan mudah kita menudng jari pada orang lain sebagai penyebab kepada masalah kita baik dalam hubungan cinta mahupun persahabatan.....aku banyak belajar daripada korang dan dari situ aku tahu siapa kawan n siapa sahabat

Anonymous said...

hanif..sabar yer
ko kene tabah..aku faham perasaan kau
if u love somebody..u have to set them free. ko kene redhakan pemergian die baru ko akan rase lega..
ko kene egt juge..penat kalau ko sorg je yg rindu kat die..tp die?xpikir pon pasal ko.once again aku cakap..sabar n semoga kau jumpe cinta yg lebih sejati