Monday, January 12, 2009

2008 dlm [KENANGAN]

Aku kembali tapi kali ini dengan diri aku yang lebih baru.. katanyer
lebih berdikari, lebih usaha, lebih perhatian, lebih rasa cinta, lebih kasih sayang, lebih banyak senyuman, lebih bersemangat, lebih segalanya tapi bukan untuk siapa-siapa, kini
untuk aku sahaja...hanya untuk aku...aku seorang.

2008 banyak tinggalkan kesan dalam hidup aku, semuanya rasa-rasa yang gembira dan bahagia. harap harap 2009 ada sesuatu yang baru untuk aku akan muncul, aku hanya tunggu masanya tiba. Sedikit trivia kenangan 2008 untuk tatapan semua:

1. Aku dapat menjelajah dan menyentuh beberapa buah negara seperti Egypt, Jordan, Bahrain, Jakarta dan Bandung serta beberapa tempat dalam negara termasuk Sabah dan Sarawak. Semuanya pergi atas urusan kerja...tapi at least bleh melancong n rasa negara org...

2. aku dah dapat merasai keindahan 2 keajaiban dunia iaitu Pyramid Giza dan Petra. Bangga siut... Selain itu aku dah pergi laut mati, laut merah, mount Nebo, Tasik Qarun dan banyak lagi. kenangan yang indah 2008 hanya disini... May - June 2008 . 2 mingu disana.







2. Shopping di bandung macam org gilerrrr... pada May 2008.

3. in the team of 5 yang menghandle wedding mawi & Ekin kat Felda Taib Andak 28 dec 08 dan Johor Bahru pada 21 Dec . Selain menghandle jugak Wedding kat Palace of the Golden Horses yang berlangsung pada 11 jan 2009 dgn 15 staff Maestro yang lain. Tahniah untuk semua coz berjaya anjurkan Wedding of the Year 2008 yang akan diingati kenangan event itu sampai bila-bila. Syiok wo!!! adventure...

4. Saman polis trafik hanya berjumlah RM30 setahun.

5. beli handphone baru Nseries N81 tetapi seminggu kemudian rosak slidenyer.. pengajarannye untuk korang jgn beli tpon tu tau.

6. Masalah dalaman dalam family merapatkan lagi hubungan kitorang. Tak penah ada masalah ni sepanjang idup aku. hanya aku dan kuarga yang tau.

7. banyak jugak movie yang aku tonton tahun ini berbanding tahun2 sudah. terima kasih kpd dia yg membuka minda aku untuk pergi menonton wyg untuk release tension.. kdg2 berguna.

8. aku dah wujudkan 1 blog untuk reunion member member utim. terima kasih untuk yang buka dan update blog itu http://luvlybatch2000.blogspot.com

9. Aku berjaya menyewa beli sebuah kereta baru pada awal january 2008 iaitu Persona 1.6 colour blueberry tea. dah lama tak cuci. Ptg nilar gi cuci keta...ahakks..

10. ada 1 blog yang dulunya nama my ents world tapi sekarang dgn imej baru my new [hope] when i.....
11. The best love story ever in my life...thanks.
12. banyak lagi nnti ceq tambah k... busylar...

No comments: